Perth Glory FC terus berpesta gol di Kuching, tewaskan skuad SUKMA Sarawak 7-0 0 5765

KUCHING: Kelab Perth Glory FC menamatkan jelajah pramusim di Sarawak dengan menewaskan skuad SUKMA Sarawak 7-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya kelmarin.

Skuad bimbingan Tony Popovic dihadiahkan sepakan penalti seawal minit pertama dan disudahkan dengan baik oleh kapten Diego Castro.

Perth Glory FC terus garang dan menambah satu lagi gol pada minit ke-18 hasil jaringan pemain muda mereka, Zayd Farah.

Barisan muda Sarawak cuba bangkit memberikan tentangan namun gagal menyaingi rentak pantas ditampil pemain-pemain Perth Glory FC.

Minit ke-21, giliran Chor Dow meletak nama selaku penjaring Perth Glory sebelum Zayd sekali lagi menghukum benteng pertahanan tuan rumah dengan gol keempat pada minit ke-26.

Diego, pemain kelahiran Sepanyol menambah derita skuad SUKMA Sarawakdengan meledak jaringan kelima pada minit ke-35.

Gol keenam Perth Glory menyusul empat minit kemudian hasil rembatan penyerang import dari Portugal, Fabio Ferrier.

Berselang babak kedua, corak skuad SUKMA Sarawak lebih tersusun dan melancar beberapa gerakan berbahaya kekubu Perth Glory.

Namun, bek kelab profesional dari Australia itu terus berdisiplin mengekang percubaan pemain SUKMA.

Pemain gantian Yagoub Mustafa melengkap malam ceria Perth Glory dengan menjaringkan gol ketujuh pada minit ke-71.

Ia kemenangan kedua Perth Glory di sini selepas membelasah skuad Sarawak dengan jaringan 7-1 pada Sabtu lepas.Kelab itu berlepas pulang ke Australia malam semalam. – Utusan  Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news