Perth Glory ratah Sarawak untuk julang Piala Simposium 0 5711

KUCHING: Perth Glory FC berada dalam kelas tersendiri apabila mudah membenam Sarawak dengan jaringan 7-1dalam aksi persahabatan di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Kemenangan bergaya itu membolehkan kelab yang beraksi dalam Liga Australia itu membawa pulang Piala Simposium 2018.

Pesta gol skuad bimbingan Tony Popovicitu bermula minit ke-25 hasil jaringan kapten Diego Castro.Berselang seminit kemudian, giliran pemain pertahanan Jason Davidson meletak nama selaku penjaring menerusi tandukan cantik.

Penyerang kelahiran Portugis, Fabio Ferrier meletakkan Perth Glory selesa mendahului 3-0 dengan merembat masuk pada minit ke-41.

Perth Glory menambah satu lagi gol sebelum rehat sekali lagi menerusi sentuhan Jason pada minit ke-44.

Aksi babak kedua tambah rancak dengan kedua skuad membawa masuk beberapa muka baru.Penyerang import Sarawak, Mateo Roskam menceriakan penyokong tuan rumah dengan merembat masuk gol saguhati pada minit ke-58.

Perth Glory tetap tidak berpuas hati dengan kelebihan empat gol dan berjaya menambah dua lagi jaringan menerusi Chor Daw pada minit ke-67 disusuli Henry Hore pada minit ke-72.

Pemain gantian Neil Kilkenny melengkap pesta Perth Glory dengan jaringan ketujuhpada minit ke-90.Perth Glory akan meneruskan jelajah pramusim menentang skuad SUKMA Sarawak pada 15 Ogos ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news