Pesta Lundu kembali lagi Jumaat ini menemui warga Lundu 0 6878

Lundu: Pesta Lundu kembali lagi menemui warga Lundu di Tebingan Lundu Jumaat ini. Untuk pesta tahun ini perbagai acara dan program yang menarik menanti pengunjung sepanjang 3 hari ia diadakan 21-23 September 2018

Berikut acara dan program menarik menanti pengunjung untuk Pesta Lundu tahun ini

1. Regatta Batang Kayan (acara utama)
2. Bot Laju
3. Perahu Berhias
4. Bermukun
5. Arm Wrestling
6. Street Soccer
7. Wall Climbing
8. Pertandingan Muaythai
9. Pertandingan Dart
10. Autoshow
11. Big Bike Gathering
12. Moon Cake Festival
13. Pentas Hiburan
14. Pertandingan Karaoke
15. Pertandingan Memancing
16. Showcase Usahawan Sarawak
17. Sarawak Kitchen
18. Gerai Kanopi Biru
19. Pameran Agensi & Jabatan
20. Pameran Pertanian

Jadi kepada warga Lundu datanglah beramai-ramai Jumaat ini ke Tebingan Lundu bersama-sama keluarga dan sanak saudara serta rakan-rakan bagi memeriahkan lagi suasana.

Apa yang menariknya selain mengunjungi Pesta Lundu, pengunjung yang pertama kali datang ke Lundu juga berkesempatan melihat keindahan flora fauna, Pantai Pugu & Sematan, Bunga Rafflesia dan Waterfall di Taman Negara Gading, makanan laut seperti ketam, udang, ikan dan lain-lain yang terdapat di Lundu.

Untuk Pesta Lundu tahun ini, majlis Perasmian akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Sept 2018 jam 10 pagi. Majlis Perasmian akan diadakan oleh YB Datuk Ranum Ak Mina, ADUN N1 Opar di Pentas Utama, Pesta Lundu – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13439

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8134

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news