Piala Abang Jo 2018 Milik SSN Sarawak 0 6469

KUCHING: Skuad Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sarawak telah dinobatkan juara Piala Abang Jo 2018 setelah membenam Skuad Belia Lundu dengan kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan akhir yang dramatik yang disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Stadium Negeri, di sini petang tadi.

Pada separuh masa pertama pertahanan skud SSN Sarawak di bolosi oleh skuad Belia Lundu seawal minit ke-3 hasil tandukan kemas oleh Mohd Hairul pemain yang menggunakan jersi bernombor 45.

Selepas asakan kencang skuad SSN Sarawak berjaya menyamakan kedudukan satu sama hasil jaringan penyerang skuad SSN Sarawak yang mengunakan jersi bernombor 42, Abdul Rahim dan keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama.

Pemain yang mengunakan jersi nombor 54, Mohd Furhan Akmal muncul wira skuad SSN Sarawak apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua minit ke-85 menerusi rembatan kencang dari dalam kotak penalti.

Dengan kejayaan itu, SSN Sarawak merangkul Piala Abang Jo sekali gus meraih hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000 manakala Belia Lundu (naib juara) membawa pulang piala dan wang tunai RM 3,000.

Sebelum ke perlawanan akhir, SSN Sarawak menyingkirkan skuad Axis FC dengan 5-4 (sepakan penalti) sementara Belia Lundu membenam skuad KSK Satok dengan 1-0 pada aksi peringkat separuh akhir kelmarin.

Pasukan Axis FC and KSK Satok masing-masing meraih hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000.

Alan Lagang Keryer.dari SSN Sarawak di nobatkan sebagai pemain terbaik ‘Man of The Match 2018’

Antara kenamaan yang hadir menyaksikan perlawanan akhir petang tadi Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA). – TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7604

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5250

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news