Piala Dunia 2018: Kerajaan tak bayar 1sen pun – Lim Guan Eng 0 5662

Mengundang kecaman sesetengah pihak hari ini kerajaan mengumumkan siaran langsung bagi kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM tidak akan ditanggung kosnya oleh Putrajaya.

Menyatakan perkara itu Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari berkata kerajaan mendapat tajaan mencukupi bagi menampung kos RM30 juta bagi siaran berkenaan.

“Sekarang kos untuk siaran langsung itu (di pihak kerajaan) ialah sifar.

“Kosnya sudah ditaja sepenuhnya dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan mengumumkan perkara ini tidak lama lagi.

“Kita tidak akan membayar satu sen pun untuk siaran berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini.

Walaupun RTM ialah stesen penyiaran milik kerajaan, pihak penaja akan membayar kadar iklan yang sedikit tinggi berbanding harga biasa dan langkah itu dianggap sebagai sumbangan kepada negara.

Lim berkata beliau dihujani pertanyaan mengapa penaja terbabit tidak menyalurkan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Keberatan pada awalnya

Katanya dana yang diberi untuk penajaan siaran Piala Dunia ada perbezaan berbanding derma kepada tabung berkenaan.

Melalui penajaan, kata anggota parlimen Bagan itu, penaja memperoleh sedikit faedah kerana dapat menayangkan iklan mereka.

“Ada perbezaan besar. Melalui penajaan pihak yang berkenaan mendapat iklan pada sepanjang tempoh pertandingan berlangsung. Jadi sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit pulangan,” katanya.

Menurut Lim orang ramai perlu faham sebagai syarikat yang berniaga penaja perlukan pulangan daripada pelaburan yang dibuat.

Lim juga menjelaskan pada awalnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agak keberatan untuk menerima idea menayangkan Piala Dunia di RTM ekoran keadaan kewangan negara yang tidak memberangsangkan.

“Tetapi selepas diberi penjelasan bahawa kejohanan itu hanya berlangsung setiap empat tahun dan siaran di RTM akan membolehkan masyarakat menontonnya secara percuma, beliau akhirnya bersetuju,” katanya.

Kejohanan paling berprestij untuk sukan bola sepak itu akan berlangsung di Rusia mulai 14 Jun ini sehingga 15 Julai.

Asalnya perlawanan tersebut hanya ditayangkan secara langsung melalui saluran berbayar Astro. Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan mengambil inisiatif membawa sebahagian daripada perlawanan itu secara langsung di RTM, manakala selebihnya adalah tayangan tertunda.

Dana RM30 juta itu akan digunakan untuk membeli hak penyiaran bagi 41 daripada 64 perlawanan dengan 27 adalah secara langsung. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news