Restoran di Miri diberi amaran kerana masih kenakan GST 0 5544

MIRI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengesan sebuah premis perniagaan di sini yang masih mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan walaupun kerajaan menetapkan kadar sifar cukai tersebut mulai Jumaat lepas.

Ketua Cawangan KPDNKK Miri, Joe Azmi Azmil berkata, premis perniagaan itu adalah sebuah restoran yang beroperasi di Luak dan telah diberi amaran untuk menukar sistem jualan mereka kepada sifar GST.

“Pemilik premis itu diberi tempoh selama tiga hari untuk menukar kepada sifar GST, alasan diberi kerana masa terlalu singkat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Joe berkata, setakat semalam 26 premis perniagaan telah diperiksa untuk memastikan patuh sifar GST dan mendapati hanya satu iaitu restoran terbabit yang gagal mematuhi peraturan itu.

“KPDNKK telah membuka bilik gerakan di seluruh negeri untuk bilik gerakan di Kuching dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 10 malam manakala bilik gerakan di cawangan dibuka mulai 8 pagi hingga 6 petang, pengguna di Miri boleh menghubungi pejabat KPDNKK Miri di 085-412862 supaya siasatan dapat dilakukan segera,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news