Pisau dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan dijumpai di Sekama 0 6553

KUCHING: Sebilah pisau dipercayai senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Lorong Dusun, Jalan Ong Tiang Swee Selasa lepas berjaya dijumpai di dalam parit di belakang sebuah kedai makan di Sekama, di sini.

Sekumpulan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak tiba di lokasi kira-kira 10.30 pagi.

Difahamkan penemuan senjata tersebut susulan penangkapan seorang lelaki disyaki suspek utama kes berkenaan pada Rabu lepas.

Polis turut membawa seorang suspek ke lokasi.

Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong yang ditemui di lokasi memberitahu seramai enam suspek telah ditangkap berhubung kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news