PKR akan jadi parti politik terbesar ganti PBB di Sarawak – Dr Michael Teo 0 5774

MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi parti politik terbesar menggantikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata majoriti Iban telah memberi sokongan kepada PKR sekali gus memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“PKR akan menjadi parti terbesar sekali gus menggantikan PBB, hari ini kita lihat ramai orang Iban datang memberi sokongan kepada PKR,” katanya di sini semalam.

Dr Teo tidak menolak kemungkinan keahlian PKR akan bertambah di seluruh Sarawak dengan melihat kepada trend semasa iaitu lompat parti.

Kelmarin, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan dua Ahli Parlimen Bebas iaitu Larry Sng (Julau) dan Jugah Muyang (Lubok Antu) turut mengumumkan menyertai PKR.

“Kita sangat gembira kerana ramai masyarakat Dayak memberi sokongan kepada PKR dan kita sememangnya mengalu-alukan mereka menyertai PKR,” katanya.

Dr Teo baharu pulang selepas bertemu dengan Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan tertinggi PH diKuala Lumpur.

Beliau menjelaskan bahawa masyarakat Dayak di Sarawak mulai menyukai PKR dan akan menyertai parti politik itu secara berterusan dan berperingkat-peringkat.

Sementara itu, lebih 100 penyokong PKR terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak mengucapkan tahniah kepada Dr Teo.

Beliau berkata, kehadiran mereka bukan untuk menunjukkan protes tetapi hanya mengucapkan tahniah kepadanya.Pada PRU14, Dr Teo mengecapi kemenangan besar selepas memperoleh 35,739 undi selepas mengalahkan calon BN Datuk Sebastian Ting yang hanya mampu memperoleh 22,076 undi.

Pada PRU14 lalu, Dr Teo yang juga penyandang Parlimen Miri memperoleh majoriti 13,663 undi setelah 513 undi ditolak dan 111 undi tidak dikembalikan menjadikan majoriti kedua terbesar di negeri ini selepas Alice Lau (DAP) di Parlimen Lanang memperoleh majoriti 14,546 undi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13524

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news