PM: Kerajaan kaji perkenal cukai baru 0 6070

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenal cukai baru sebagai sumber bagi menambah pendapatan.

Beliau berkata langkah itu adalah antara beberapa langkah yang akan diambil bagi mengurangkan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Ia adalah satu bentuk cukai yang berbeza tetapi ia (secara tidak langsung) dapat mengurangkan beban rakyat.

“Itulah tujuannya, untuk membayar hutang kerajaan,” kata Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaannya di forum Malaysia A New Dawn di Kuala Lumpur pagi ini.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Mahathir berkata beberapa langkah lain akan turut diambil kira termasuk kemungkinan menjual tanah kerajaan atau aset lain.

“Kerajaan terdahulu menjual banyak tanah kepada orang asing, saya tidak fikir ini bagus untuk kita.

“Tetapi kita boleh menjual tanah kepada penduduk tempatan,” katanya.

Beliau menambah pendapatan tambahan yang dihasilkan akan membantu mengurangkan hutang kerajaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di masa depan.

Mahathir juga berkata kerajaan perlu mencari sumber pendapatan alternatif kerana ia kini terbeban dengan pelaburan buruk dan tidak dapat dikembalikan semula.

“Sekarang kita tidak tahu di mana wang itu jadi kita perlu mencari sumber dana lain,” katanya.

Sementara itu, Mahathir juga menegaskan bahawa kerajaan akan tetap bersikap mesra perniagaan.

“Kerajaan tidak mencipta kekayaan, kerajaan hanya mencukaikan rakyatnya yang kaya.

“Jika kami kelihatan baik kepada kamu itu kerana kami mengenakan 24 peratus (cukai korporat),” katanya.

Individu daripada pelbagai industri berkumpul dalam persidangan sehari yang dianjurkan Kementerian Kewangan hari ini dan berkongsi input mereka mengenai cara meningkatkan ekonomi negara. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news