Polis buka kertas siasatan kes kenyataan Guan Eng 0 5805

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan sudah bermula sejak minggu lalu sebaik sahaja pihak polis menerima laporan pertama kes itu.

“Kita menerima sebanyak 58 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya.

Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Ditanya sama ada Guan Eng bakal dipanggil bagi membantu siasatan pula, Mohamad Fuzi berkata, polis akan mengambil keterangan Setiausaha Agung DAP itu apabila tiba masanya.

Mohamad Fuzi pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara di IPD Seberang Selatan, di Nibong Tebal, hari ini. – NSTP/Danial Saad

“Sekiranya perlu, kita akan panggil beliau (Guan Eng) untuk diambil keterangan apabila tiba masanya.

“Berhubung dakwaan kita lambat mengambil tindakan, ia tidak tepat. Kita terus membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis,” katanya.

Minggu lalu, sebuah portal berita melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dengan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu.

Kenyataan itu bagaimanapun kemudian ditukar dengan frasa ‘pengisytiharan perang’ diubah kepada ‘menyasarkan’.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan peguam salah seorang tertuduh kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, bahawa anak guamnya didera secara fizikal dan seksual ketika dalam tahanan di Sentul.

“Saya tidak mendapat lagi maklumat itu kerana belum dimaklumkan tetapi sekiranya ada dakwaan sedemikian, kita akan menjalankan siasatan. Saya akan berhubung dengan Ketua Polis Kuala Lumpur,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news