Rakyat perlu berkorban, kewangan negara terhad – Tun M 0 5837

SHAH ALAM: Rakyat perlu berkorban pada masa kini kerana tiada lagi bantuan yang diberikan dengan mudah seperti zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi terlalu banyak bantuan kepada rakyat meskipun di saat kewangan negara tenat.

Menurutnya, bantuan yang diberikan pada ketika itu adalah semata-mata untuk mendapat sokongan dan undi supaya mereka terus berkuasa.

“Kerajaan dulu suka bagi duit pada orang, kita kata kita tiada duit, duit yang mereka bagi itu duit curi.

“BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dia bagi itu duit curi, nelayan pun dapat gaji, semua orang dapat, semata-mata nak beli sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15 di sini, hari ini.

Katanya, rakyat perlu menerima hakikat bahawa kerajaan tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk memberi pelbagai bentuk bantuan seperti dulu.

“Pada saya, itulah pengorbanan paling besar dilakukan rakyat pada masa kini,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13849

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13019

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news