Polis nafi tular helikopter terhempas di Limbang 0 3331

PASUKAN SAR terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Penyelamat Negeri (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam yang terlibat bagi mengesan isyarat kecemasan yang dikesan berada di kawasan Meramit semalam. – UTUSAN ONLINE

LIMBANG 2 Julai – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menafikan berita tular mendakwa berlaku insiden helikopter terhempas dilaporkan menerusi syarat kecemasan yang diterima di sini semalam.

Menurut Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Bukhori Saffiai, pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Limbang mengenai isyarat kecemasan tersebut pada pukul 3 petang.

“Hasil pemeriksaan koordinat mendapati isyarat kecemasan itu berada di kawasan maritam.

“Pihak DCA mengesahkan isyarat kecemasan itu bukannya datang dari pesawat tetapi orang perseorangan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berkemungkinan orang perseorangan itu memberi isyarat kecemasan disebabkan tersesat di dalam hutan atau berlaku hal kecemasan yang lain.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Penyelamat Negeri (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

“Mereka telah masuk ke kawasan itu pada pukul 6.30 petang namun ditangguhkan 10.30 malam setelah masih belum menjumpai mangsa atau berita-berita lain untuk disambung hari ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15405

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news