Polis rangka strategi kekang penyalahgunaan dadah 0 6000

KUCHING: Polis Padawan merangka strategi khas bagi mengekang kes berkaitan penyalahgunaan dadah yang menjadi kebimbangan penduduk Kampung Haji Baki.

Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan pada sesi dialog Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama penduduk Kampung Haji Baki yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki di sini Sabtu lalu.

Katanya, soalan popular yang diaju masyarakat berhubung kes penyalahgunaan dadah yang mana majoriti masyarakat tidak faham prosedur selepas tangkapan dibuat oleh polis, prosiding mahkamah, Jabatan Kimia dan Jabatan Patologi sehingga mereka kerap menyalahkan pihak polis apabila melihat suspek kes dadah yang telah ditangkap polis bebas semula.

“Penduduk kampung juga meminta pihak polis banyak melakukan tangkapan kes dadah di Kampung Haji Baki kerana mereka tertekan dengan situasi semasa kes penagihan dadah di kampung berkenaan.

“Dalam isu ini kita berjanji akan merangka dan merancang operasi khusus di Kampung Haji Baki untuk mengurangkan kegusaran masyarakat terhadap pe-nyalahgunaan dadah,” kata-nya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Selain itu, Aidil turut menyeru masyarakat supaya mempertingkatkan semula keteguhan institusi kekeluargaan supaya ibu bapa juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengelakkan anak-anak terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.

Program Komuniti Kepolisan dan Hari Bertemu Pelanggan PDRM bersama penduduk Kampung Haji Baki itu turut dihadiri 15 pegawai kanan polis bersama 30 pegawai rendah Polis IPD Padawan.

Hadir sama Penghulu Kampung Haji Baki Sabtuyah Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Kampung Haji Baki Mohd Alif Nazmi Abdullah serta kira-kira 300 penduduk kampung.

Program itu dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi ceramah, sesi perasmian dan sesi dialog yang bermula jam 9 pagi.

Ceramah bertajuk ‘Jenayah Siber’ disampaikan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Padawan ASP Tina Manchu.

Manakala ceramah ‘Pe-nyalahgunaan Dadah dan Hukuman’ disampaikan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan ASP Nona Athan dan ceramah ‘Pencegahan Jenayah’ disampaikan wakil Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan Inspektor Cecilia Milu.

Turut diadakan sesi perasmian pelancaran peti aduan polis dan papan kenyataan polis untuk Program Satu Masjid Satu Polis (1M1P) bagi Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki yang mana ASP Syed Zainal Abidin Syed Ali dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Masjid (PPM).

Selain itu, IPD Padawan turut mengadakan pameran daripada bahagian BSJD, BSJND, AMANITA dan Pameran Kerjaya PDRM oleh HEA (BPD).

Program itu mendapat sokongan daripada AJK Kampung Haji Baki dan AJK Masjid Darul Ehsan yang bimbang dengan kes penyalahgunaan dadah di kampung berkenaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news