Polis sahkan pistol yang ditemui di tandas Wisma Saberkas milik Ahli Parlimen Serian 0 5804

KUCHING: Lebih 14 jam selepas menemui pistol misteri yang ditinggalkan di tandas pusat beli belah Wisma Saberkas, Polis Sarawak hari ini berjaya mengesan pemiliknya.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai sebentar tadi mengesahkan, senjata itu milik Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Riot, yang memiliki lesen senjata api melaporkan kehilangan pistol itu di Balai Polis Sentral di sini sekitar jam 10.40 pagi tadi.

Sekitar jam 8 malam semalam, penyelia keselamatan premis tersebut membuat laporan polis setelah menemui sepucuk pistol yang ditinggalkan di dalam salah sebuah tandasnya.

Sejurus dimaklumkan tentang penemuan tersebut, sepasukan anggota siasatan jenayah dikejarkan ke Wisma Saberkas untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Polis kemudian mengenal pasti senjata itu adalah sepucuk pistol jenis Smith & Wesson dan beberapa kelopak peluru.

Kata Leong, kes ketika ini disiasat di bawah Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news