Polis Sarawak buka Bilik Operasi Khas 24 jam untuk perangi judi haram 0 5519

KUCHING: Polis Sarawak hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menubuhkan Bilik Operasi Khas (SOR) sebagai usaha untuk mengekang dan membanteras aktiviti judi haram di negeri ini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, pihaknya telah mewujudkan SOR di peringkat kontijen yang bertujuan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat kegiatan perjudian secara terus kepada polis.

β€œSOR berfungsi 24 jam, dengan semua maklumat akan dikumpul dan diproses sebelum tindakan diambil pada kadar segera,” katanya.

Denis berkata, sebarang maklumat mengenai aktiviti perjudian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan D7 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen di talian 082-274213.

Jelas beliau, ia merupakan sebahagian daripada usaha serentak di seluruh negara yang telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara untuk membanteras aktiviti perjudian haram. –Sarawakvoice

Foto: Denis Leong

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13719

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8164

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news