Polis Sibu tahan lelaki paksa hubungan seks, kurung teman wanita 0 5981

SIBU: Polis menahan seorang penganggur awal hari ini kerana disyaki mengurung dan melakukan ugutan jenayah ke atas teman wanitanya sejak 15 Jan lepas di sebuah bilik sewa di Jalan Empelam di sini.

Suspek berusia 30 tahun yang ditahan kira-kira 1.30 pagi itu bertindak demikian dipercayai untuk meminta wang daripada keluarga teman wanitanya itu.

Mereka dikatakan telah tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan sejak 10 tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek juga mengugut untuk mencederakan teman wanita yang berusia 23 tahun dan keluarganya.

Beliau berkata suspek telah memaksa mangsa meminta wang daripada makciknya kira-kira 2 petang semalam, bagaimanapun mangsa berjaya melepaskan diri dan terus membuat laporan polis.

β€œPengadu percaya teman lelakinya berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dan menambah mangsa telah dipukul dan ditendang di bahagian badan dan kaki oleh suspek selain dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa.

Stanley berkata mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Sibu sebagai pesakit luar manakala suspek akan direman untuk siasatan lanjut.  β€” BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news