Remaja lelaki cekik bekas teman wanita gara-gara cinta ditolak 0 5861

Limbang: Seorang remaja lelaki  bertindak ala gangster selepas membelasah dan mencekik bekas teman wanitanya gara-gara berang cintanya tidak dibalas dalam kejadian yang berlaku Ahad lepas.

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu  mangsa ditampar di bahagian pipi kiri, dicekik oleh suspek, 19 tahun yang datang ke kediaman mangsa.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik tangan dan rambut mangsa, 18 tahun dengan kasar selain memecahkan telefon bimbitnya.

“Suspek yang berang kerana mangsa enggan kembali bersamanya turut mencekik rakan mangsa 18, yang berada di tempat kejadian,”katanya kepada media hari ini.

Mohd Bukhori berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan mangsa dibawa ke Hospital Limbang untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, katanya, hasil laporan perubatan menunjukkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Dalam kejadian berasingan, seorang juruteknik pendawaian  dipukul  dengan menggunakan kayu dan tangan oleh empat lelaki yang tidak dikenali di kawasan parkir Lapangan Terbang Limbang.

Kejadian berlaku jam 7 malam Jumaat lepas menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, lebam di bahagian belakang dan bengkak di jari tangan kanan.

Mohd Bukhori berkata mangsa mendapat rawatan awal di Hospital Limbang pada hari yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mengetahui punca pergaduhan.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat kerana mangsa  tidak mengenali suspek namun usaha untuk mengesan mereka yang terlibat akan diteruskan,”katanya.

Jelasnya lokasi kejadian telah dilawati, namun pihaknya tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,”ujarnya lagi. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news