Polis tahan 2 suspek kerana edar dadah di Jalan Stephen Yong 0 7570

Padawan: Seorang lelaki dan seorang perempuan ditahan polis di sebuah rumah di Taman Tematu Hill, Jalan Stephen Yong Kuching kerana terlibat dalam pengedaran dadah jenis syabu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Anak Lisa berkata di bawah Akta Dadah Berbahaya, semalam Bahagian Narkotik IPD Padawan yang diketui oleh Insp Nicodemus Branking, P/ KBSJND bersama Pasukan telah menangkap seorang lelaki dan seorang perempuan serta berjaya membuat rampasan (12) paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu berat kasar 296.68 gram.

DSP Merbin juga berkata nilai semasa rampasan lebih kurang RM45,000.00.

Kedua-kedua suspek akan di Reman Selama 7 Hari bagi melengkapkan siasatan.

PDRM IPD Padawan turut membuat Sitaan
keatas sebuah kereta jenis Proton Wira warna kelabu bernilai RM10,000.00 Dan Wang Tunai pelbagai not berjumlah RM5,294.00.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13397

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8128

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news