Polis tahan remaja 14 tahun kerana merogol di Padawan 0 5571

PADAWAN: Polis Padawan menahan reman seorang remaja 14 tahun selepas disyaki merogol kenalan remaja wanita yang baharu seminggu dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan ketika mengesahkan insiden berkata, kes berlaku pada 29 Mac lalu, apabila remaja terbabit, mengikuti suspek dan seorang rakan sekelasnya bermalam di sebuah homestay di Kota Sentosa.

“Mangsa yang juga pelajar Tingkatan Dua, sebuah sekolah menengah di Penrissen merupakan anak tunggal dalam keluarganya, dan dijaga oleh neneknya setelah ibu bapanya bercerai sejak tujuh tahun lalu.

“Selepas melakukan hubungan seks di homestay terbabit, keesokannya mangsa pulang ke kediaman rakannya di Taman Indah Landeh dan bermalam di situ sehingga 8 April.

“Sekembalinya ke rumah di Batu 6 1/2 Jalan Penrissen, neneknya yang mengesyaki sesuatu telah membawa mangsa menjalani pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan dengan doktor pakar di Hospital Umum Sarawak kemudian mendapati terdapat koyakan lama pada selaput dara mangsa.

Kata Aidil, susulan laporan polis dibuat neneknya selepas itu, polis mula menjejak suspek apabila mangsa mengakui tidak tahu di mana dia tinggal dan nombor telefonnya.

“Pasukan kita akhirnya berjaya menahan suspek yang juga berusia 14 tahun di Kampung Temedak di sini.

“Kita berjaya memperoleh perintah reman terhadap suspek selama empat hari sehingga 15 April depan, untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. –Sarawakvoice

gambar sekadar hiasan

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news