Polis tangkap lelaki kerana cederakan Abang sendiri di Miri 0 5685

MIRI: Seorang lelaki mengalami masalah mental ditangkap polis selepas dipercayai mendatangkan kecederaan menggunakan senjata terhadap abangnya di sebuah rumah di Kampung Tudan Fasa 2 di sini tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu, kejadian dipercayai berlaku sekitar sebelum jam 11.30 pagi.

“Suspek adalah adik kepada mangsa yang menyatakan bahawa abangnya meminta wang daripadanya untuk membayar hutang.

“Mereka bertengkar dan suspek mengambil sebatang tongkat besi digunakan mangsa lalu memukul mangsa dari dalam rumah sehingga berlarutan ke luar rumah,” katanya.

Beliau berkata, ibu suspek dan mangsa yang menyaksikan kejadian meminta pertolongan jiran mereka.

“Suspek dikatakan mengalami masalah mental. Suspek dan mangsa tidak bekerja dan mangsa memperoleh duit hasil jualan kutipan kotak dan tin aluminium.

“Mangsa merupakan seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) iaitu mengalami kecacatan di kaki dan menggunakan tongkat untuk berjalan,” katanya.

Menurut Lim, mangsa dirawat di Hospital Miri dan berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa mengalami luka sepanjang lima sentimeter di bahagian belakang kepala, lebam dan luka kecil di belakang sebelah kanan dan luka kecil di siku kiri,” katanya.

Suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15080

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8375

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news