Polis tangkap lelaki miliki syabu di Matang 0 7118

Kuching: Seorang lelaki ditangkap oleh polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Flat Taman Suria Jaya, Matang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Ak Lisa,hasil pemeriksaan badan pada suspek, pihak polis telah menjumpai 7 peket plastik berisi dadah syabu seberat 5.33 gram

Untuk rekod suspek yang berumur 23 tahun tersebut pernah ditangkap di bawah kesalahan yang sama sebelum in.

Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut telah mengaku mengedar dadah jenis syabu di kawasan Matang.

Setakat ini Suspek telah ditahan reman selama 4 hari untuk siasatan selanjutnya oleh pihak polis. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13004

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12477

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news