Peguam tuntut hukuman lebih keras kepada pembunuh kucing 0 6343

Sekumpulan peguam menggesa hukuman lebih keras dikenakan terhadap suspek yang telah membunuh kucing bunting dengan meletakkan haiwan itu di sebuah mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi.

Kumpulan peguam untuk hak haiwan berkata media sebelum ini melaporkan pihak polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun mereka menggesa pihak polis menggunakan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Mereka berkata perbuatan kejam itu merupakan kesalahan serius dan AWA membenarkan penalti lebih berat dikenakan terhadap suspek berbanding Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan.

Seksyen 428 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penalti sehingga tiga tahun penjara, denda, atau kedua-duanya. Manakala kuantum denda adalah mengikut budi bicara hakim.

Sebaliknya, Seksyen 30 AWA memperuntukkan sehingga tiga tahun penjara, denda antara RM20,000 dan RM100,000, atau kedua-duanya.

Undang-undang baru itu telah berkuat kuasa sejak 1 Julai tahun lepas.

“Dengan mengambil kira jenayah kejam itu serta memastikan tindakan ganas terhadap haiwan tidak berlaku pada masa akan datang, kami meminta pihak polis untuk segera menyiasat dan mendakwa suspek di bawah Seksyen 30 AWA 2015.

“Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan hukuman minimum yang dikenakan tidak akan memberikan keadilan memandangkan jenayah kejam itu.

“Kes ini telah menarik perhatian nasional dan antarabangsa dan dengan semangat Malaysia Baru, kami berharap kebajikan haiwan di Malaysia akan dilindungi dengan lebih baik,”kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada 11 Sept, dua individu dirakam CCTV meletakkan seekor kucing hamil ke mesin dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Kuala Lumpur, menyebabkan haiwan itu terbunuh.

Perbuatan tersebut yang dirakam CCTV dan tersebar di media sosial mencetuskan kemarahan orang ramai.

Polis menahan dua suspek pada 14 September atas pembunuhan haiwan berkenaan, tetapi suspek ketiga masih bebas.

Sementara itu, Peguam untuk Hak Haiwan menyelar Lembaga Kebajikan Haiwan kerana sikap membisu berhubung kejadian itu, dengan mengatakan mereka mempunyai kewajiban untuk memastikan jenayah terhadap haiwan ditangani di bawah AWA.

“Peruntukan AWA mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan sewajarnya sekiranya pihak berkuasa benar-benar serius menjaga kebajikan haiwan di Malaysia.

“Kami menggesa Lembaga Kebajikan Haiwan untuk mengarahkan polis, berdasarkan Seksyen 4 (2) AWA, menyiasat suspek di bawah seksyen 30 AWA 2015,” kata mereka.

Seksyen 4 (2) AWA menetapkan bahawa Lembaga Kebajikan Haiwan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana individu, pegawai, atau pihak berkuasa dalam melaksanakan fungsinya, dan mereka terikat untuk mematuhi arahan tersebut.-Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news