Portugal cemas sebelum mara Bakal bertemu Uruguay di pusingan kedua 0 5706

MOSCOW – Juara Eropah, Portugal menepati ramalan untuk mara ke pusingan 16 terbaik meskipun terpaksa ‘berpeluh’ selepas dicabar hebat oleh Iran dalam aksi terakhir Kumpulan B Kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA  di Arena Mordovia yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan yang dikendalikan oleh Fernando Santos berada di kedudukan kedua peringkat Kumpulan A selepas dibezakan dengan pencabar terdekat yang juga juara Piala Dunia edisi 2010, Sepanyol dengan perbezaan jaringan.

Ia sekali gus menyaksikan Portugal bakal membuat perhitungan dengan jaguh Amerika Selatan, Uruguay yang menjuarai Kumpulan A dalam aksi kalah mati di pusingan 16 terbaik yang dijadualkan berlangsung minggu depan.

Pada perlawanan tersebut, barisan serangan Portugal tidak menunggu lama untuk menyerang benteng Iran dan meraih beberapa peluang terbaik menerusi ayam tambatan yang juga kapten pasukan mereka, Cristiano Ronaldo, Joao Mario, Andre Silva dan Ricardo Quaresma.

Pemain sayap senior, Quaresma membuktikan dirinya masih berbisa dengan meledak gol cantik pada minit ke-45 untuk memberi kelebihan tipis buat Portugal pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Iran yang memerlukan tiga mata penuh untuk mara berkerja keras untuk mencari gol penyamaan.

Usaha mereka disekat apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Portugal, tetapi tendangan Ronaldo berjaya ditepis penjaga gol, Alireza Beiranvand pada minit ke-52.

Gol yang dicari Iran akhirnya ditemui selepas Karim Ansarifard menyudahkan sepakan penalti pada masa kecederaan, namun masa sudah terlalu suntuk buat mereka mencari gol kemenangan.

Keputusan seri sudah cukup untuk memastikan wakil Asia itu mengekori Maghribi tersingkir awal daripada Kumpulan B. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15151

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8386

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news