Poster calon BN Parlimen P195 Bandar Kuching disimbah cat 0 5701

KUCHING:Poster calon Barisan Nasional (BN) Bandar Kuching, Kho Teck Wan, disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, Sabtu lalu.

Kejadian itu disedari ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kebetulan melalui Jalan Ban Hock, di sini.

Teck Wan berkata, kejadian itu dimaklumkan kepadanya sebelum beliau membuat laporan di Balai Polis Kuching pada hari sama.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai individu yang bertanggungjawab melakukan tindakan itu.

“Saya tidak mengetahui sekiranya ia sekadar vandalisme oleh individu tertentu atau ia dilakukan pesaing politik.

“Tindakan seumpama ini sudah dijangka, namun saya tetap positif untuk meneruskan kempen. Setakat ini saya masih semangat untuk terus mendekati pengundi.

“Laporan polis juga sudah dibuat dan saya berikan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ketua Wanita SUPP akan menentang calon DAP Dr Kelvin Yii di kawasan bandar yang majoriti pengundi adalah Cina. – BH

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news