Tidak adil kalau Sabah, Sarawak ketinggalan, kata Najib 0 5648

KOTA MARUDU: Kerajaan perlu membangunkan Sabah dan Sarawak untuk diseiringkan dengan matlamat Malaysia mencapai taraf negara maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya Sabah dan Sarawak ketinggalan terutama di kawasan luar bandar dan desa, maka ia tidak adil kerana mereka juga harus mengecapi apa yang ditawarkan sebuah negara maju.

“Kalau diizinkan Allah untuk saya (terus) menjadi perdana menteri (pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini)…saya akan pastikan bahawa jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak (dengan Semenanjung) terus dirapatkan.

“Sebab itu saban tahun peruntukan untuk Sabah dan Sarawak, iaitu sejak saya jadi perdana menteri jauh lebih besar daripada (yang diberikan) seorang yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Sebab itu dalam kempen pilihan raya pada kali ini tak nampak muka beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) di Sabah…kenapa tidak datang ke Sabah? kerana orang Sabah tahu apa dia buat selama 22 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat peringkat Parlimen Kota Marudu di sini, Isnin.

Najib berkata orang Sabah kini tahu menilai siapa yang boleh membantu memajukan Sabah.

“Jelas bahawa perhimpunan di Kota Marudu ini saya diberikan notis singkat, namun ribuan rakyat di Kota Marudu datang untuk berhimpun pada petang ini.

Ini semua penyokong akar umbi dan saya kira bumi Kota Marudu ini tetap dalam tangan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Kota Marudu mempunyai seorang (penyandang) anggota Parlimen yang menjadi menteri dalam Kabinet Malaysia (kerajaan Persekutuan).

Bila jadi menteri dalam kabinet Malaysia mudah untuk dia (Ongkili) bawa surat kepada saya untuk mendapat kelulusan.

Sebab itu saya telah meluluskan membangunkan semula rumah panjang di kawasan Kota Marudu ini…walaupun DUN Matunggong kalah kepada pembangkang pada pilihan raya lepas, namun kita tidak boleh biarkan Matunggong begitu sahaja,” katanya.

Najib berkata Sabah mempunyai potensi untuk lebih maju lagi, namun perlu dipastikan prinsip ‘tiada sesiapa yang ketinggalan’ dipraktikkan.

“Sebab itu kita perlu tentukan falsafah BN di bawah pimpinan saya iaitu falsafah yang berdasarkan kepada ekonomi bebas tetapi mesti ada intervensi kerajaan.

Jadi pembangunan di bawah BN mestilah bersifat membawa manfaat kepada semua…mereka berada di atas perlu beri peluang yang berada di bawah, itu (barulah) maju,” katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta rakyat di Kota Marudu terus menyokong BN kerana hanya parti itu yang boleh mengubah masa depan ke arah lebih baik.

“Sebab itu Putrajaya kita (BN) akan kekalkan dan begitu juga dengan Sabah. Oleh itu saya mahu rakyat Kota Marudu memberi kemenangan kepada semua calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Kota Marudu.

Saya juga minta Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda untuk membantu memenangkan semua calon BN yang ada di kawasan Parlimen ini,” katanya.

Najib berkata selepas PRU14 kerajaan juga akan menambah peruntukan sebanyak RM21 juta untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di daerah ini.

“Saya terima manifesto beliau (Ongkili) untuk Kota Marudu…salah satu manifesto itu adalah menyelesaikan kesesakan lalu lintas…saya juga akan beri peruntukan untuk (pembinaan) kompleks sukan di sini selepas pilihan raya…kita tahu BN sentiasa menepati janji.

“Oleh itu rakyat perlu ingat…kalau pilih pembangkang akan dapat apa, tidak akan dapat apa-apa keuntungan sebab itu kita perlu (menjadi) sebahagian daripada keluarga besar (BN) barulah rakyat dapat faedah,” katanya.

– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14917

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news