Presiden Senegal sambut ketibaan Dr Mahathir 0 5835

DAKAR: Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Senegal bagi menyertai Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika Ke-III (ICEA-III) yang bermula hari ni.

Ketibaan Perdana Menteri yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Lapangan Leopold Sedar Senghor di sini, jam 5.30 petang waktu tempatan (jam 1.30 pagi di Malaysia) disambut oleh Presiden Senegal, Macky Sall.

Sambutan oleh ketua kerajaan republik ini adalah satu penghormatan kepada Dr Mahathir, pemimpin negara yang dihormati dan dikagumi pemimpin Afrika.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya; Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin serta pegawai Pejabat Perdana Menteri dan Wisma Putra.

Dr Mahathir bersama delegasi Malaysia kemudian ke Istana Presiden bagi mengadakan mesyuarat dua hala dengan Sall.

Ini lawatan pertama Dr Mahathir ke Senegal dalam tempoh 27 tahun. Kali terakhir Perdana Menteri mengunjungi republik ini pada 1992 ketika menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 15.

Dr Mahathir adalah satu-satunya ketua kerajaan dari luar Afrika yang diberi penghormatan untuk berkongsi pengalaman serta kejayaan membangunkan Malaysia hingga menjadi sebuah negara yang tersohor di arena antarabangsa pada ICEA-III.

Persidangan yang bertemakan “Kemunculan, Sektor Swasta dan Ketrangkuman” akan memberi fokus kepada usaha mempromosi dan mengukuhkan peranan sektor swasta dalam pelan pembangunan Afrika.

Malaysia dan Senegal yang menjalin hubungan diplomatik selama 33 tahun, sudah membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan.

Nilai perdagangan antara Malaysia dan Senegal pada 2017 adalah berjumlah RM372.6 juta dengan nilai eksport negara sebanyak RM364.5 juta dan nilai import dari Senegal sebanyak RM8.1 juta

Komponen eksport Malaysia ke Senegal merangkumi kelapa sawit dan produk berasaskan kelapa sawit, produk pertanian dan makanan, manakala komponen import dari Senegal merangkumi produk kapas, baja dan mineral, bahan dan produk kimia serta bahan berasaskan besi. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13117

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news