Projek Jalan Utama Kedua diteruskan- Abang Jo 0 5572

KUCHING: Sarawak akan meneruskan pelaksanaan projek cadangan Jalan Utama Kedua (2TR) yang dianggarkan RM4 bilion hingga RM6 bilion.

“Ini adalah keputusan kerajaan Negeri. Keputusan kita.  Jadi tidak perlulah saya memberi maklum balas (kepada kenyataan See Chee How ), itu adalah keputusan kita,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis qurban Aidiladha dan Pengagihan Sumbangan Daging Korban anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok,  di pekarangan Pusat Khidmat PBB Satok di sini hari ini.

Abang Johari  berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang yang juga penasihat khas Kementerian Kerja Raya (KKR) See Chee How) baru-baru ini meminta kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan projek cadangan 2TR dan memberi keutamaan kepada penyiapan Jalan Pesisir Pantai dan Lebuh Raya Pan Borneo.See yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata Sarawak perlu melihat semula keperluan pembinaan 2TR kerana ketika ini projek Lebuh Raya Pan Borneo dan Jalan Pesisir Pantai yang giat dibina , memadai.

Alasan See ialah, ketika ini kerajaan tidak mempunyai wang untuk membiayai projek-projek mega dan pada masa sama perlu menyiapkan kerja-kerja membaik pulih serta membina sekolah-sekolah usang di negeri ini.

Beliau juga berharap, agar 2TR mula dibina selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melengkapkan kerja-kerja kajian tanah kerana 80 peratus daripada pembinaan jalan itu di atas tanah paya gambut.

2TR dijangka mula dibina tahun hadapan dan dijadual siap pada 2021 terbahagi kepada tiga pakej iaitu Pakej A (Kota Samarahan ke Roban) kira-kira 109 kilomter (km), Pakej B (Sebuyau ke Sri Aman/Betong) sekitar 91km dan Pakej C (naik taraf Jalan Kelupu/Jalan Tanjung Gentung ke Jambatan Lanang, Sibu) dianggarkan 31 km. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13191

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news