Projek LRT akan diteruskan dan Fasa Pertama akan dimulakan tidak lama lagi 0 6475

KUCHING: Kerajaan Negeri yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan projek Aliran Transit Ringan (LRT) dengan pembinaan fasa pertama (Kuching-Samarahan) yang akan dimulakan tidak lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penerusan projek LRT tersebut adalah disebabkan permintaaan yang tinggi daripada rakyat.

Beliau berkata dengan terbinanya LRT berkenaan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di laluan Kuching-Samarahan yang mengalami kesesakan lalulintas yang teruk dan menjadi rungutan penguna laluan berkenaan.

Tambahnya, pembinaan projek berkenaan akan melibatkan kos sebanyak kurang daripada RM5 bilion.

“Terdahulu, saya telah mengumumkan untuk menghentikan perancangan projek LRT tersebut akan tetapi di atas permintaan ramai, saya akan meneruskan projek berkenaan yang memfokuskan laluan Kuching-Samarahan” katanya.

“Pembinaan fasa pertama akan dimulakan tidak lama lagi dan projek kali ini kosnya lebih rendah daripada yang asal disebabkan laluan yang lebih pendek”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi GPS berkata dengan pembinaan projek LRT tersebut juga akan memudahkan pelajar universiti seperti UNIMAS dan UiTM yang mempunyai pelajar seramai 20,000 orang yang kebanyakannya daripada mereka tidak mempunyai kenderaan. -TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news