PRU 14, Majikan tak wajib beri cuti 0 5608

MAJIKAN perlu memberi waktu yang munasabah kepada pekerja bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi pada 9 Mei ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan juga tidak diwajibkan untuk memberi cuti khas sehari kepada pekerja masing-masing bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Kata beliau, majikan mempunyai tanggungjawab untuk tidak menghalang pekerja mereka sebagai pengundi berdaftar untuk mengundi pada hari berkenaan meskipun Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) kali ini diadakan pada hari bekerja.

“Sebaliknya tempoh masa bersesuaian dan munasabah antara satu hingga dua jam boleh diberikan contohnya masuk pejabat lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi, menggunakan waktu rehat atau pulang awal dari pejabat sebelum pusat pengundian ditutup.

“Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, boleh apabila disabitkan, didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Selain itu, majikan juga tidak boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan pemilih, mengenakan atau menuntut daripadanya apa-apa penalti kerana tidak hadir bekerja dalam tempoh munasabah yang diberikan berkenaan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Shamsuddin berkata, masalah lokasi pengundian jauh di negeri asal bukanlah bebanan di pihak majikan kerana sebagai pengundi yang bertanggungjawab, pekerja seharusnya mengemas kini lokasi tempat pengundian berdasarkan alamat tempat tinggal terkini.

Katanya, masalah biasanya timbul sekiranya pengundi masih mengekalkan alamat kampung halaman masing-masing meskipun sudah berpuluh-puluh tahun menetap di tempat lain.

“Dalam hal ini, pekerja perlu sedar bahawa sekiranya dua jam pelepasan diberikan, syarikat sudah pun kehilangan kira-kira 25 peratus produktiviti kerja.

“Namun, jika majikan dapat memberi kelonggaran, pekerja boleh mengambil cuti tahunan masing-masing untuk membolehkan mereka mengundi dengan selesa tanpa perlu mengejar masa kembali ke pejabat,” katanya. -Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13444

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8135

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news