Pusat, Sarawak sedia bincang isu cukai petroleum 0 6422

PETRA JAYA: Cadangan Kerajaan Sarawak memperkenalkan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum berkuat kuasa 1 Januari depan dikhuatiri menyebabkan harga produk itu lebih tinggi di negeri ini berbanding negeri pengeluar minyak lain.

Justeru, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesediaannya berbincang dengan kerajaan negeri bagi memperhalusi cadangan itu, termasuk mengambil kira implikasi berkaitan.

Katanya, jika kenaikan harga itu berlaku, ia akan memberi kesan kepada pengeluaran produk petroleum di Sarawak.

“Kami (Kerajaan Pusat) menghormati cadangan kerajaan negeri itu, namun saya mengambil sikap proaktif untuk membincangkannya lebih lanjut.

“Sebarang kenaikan kos kerana cukai tambahan akan menyebabkan produk petroleum di Sarawak lebih mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Ia sebagai mengulas hasrat kerajaan negeri mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum bagi meningkatkan sumber kewangan negeri selepas parti menguasai Sarawak tidak lagi bernaung di bawah Barisan Nasional (BN) dan kini berada dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.

Abang Johari ketika mengumumkan cadangan itu dua hari lalu berkata, keputusan berkenaan diambil selepas analisis menyeluruh dilakukan dengan hasil daripada pengenalan cukai itu bakal menjana pulangan RM3.9 bilion setahun.

Mohamed Azmin ketika mengulas lanjut, berkata pengenalan cukai jualan itu juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada perolehan PETRONAS.

Mengenai pertemuannya dengan Abang Johari, beliau berkata, antara perkara dibincangkan ialah cadangan untuk membangunkan sekolah daif di Sarawak.

Beliau menjelaskan projek pembangunan itu tahun ini membabitkan 119 sekolah daif di seluruh negeri.

“Projek pembangunan sekolah daif yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) berjaya dilaksanakan mengikut jadual, namun projek yang diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pula menghadapi masalah.

“Justeru, saya mencadangkan supaya semua projek itu diserahkan sepenuhnya kepada JKR yang memiliki kepakaran kejuruteraan untuk menangani masalah itu,” katanya.

Mohamed Azmin turut menyambut baik tawaran kerajaan negeri untuk membantu pembangunan sekolah di Sarawak dengan mewujudkan jawatankuasa bersama bagi memantau pelaksanaan projek supaya disiapkan mengikut jadual.

Ditanya mengenai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Julau yang mencetuskan pertikaian, Mohamed Azmin berkata, semua pemimpin parti itu harus sentiasa berpegang kepada prinsip tidak boleh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dalam kempen parti.

“Saya tidak ada maklumat terperinci mengenai lawatan berkenaan kerana baru tiba di Malaysia jam 3.30 pagi tadi (selepas mengikuti lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Tokyo).

“Namun, saya berharap pendirian parti berhubung penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dalam kempen parti harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh semua pihak,” katanya.-Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news