Lelaki Indonesia cedera ditetak gara-gara cemburu di Dalat 0 6749

DALAT:Gara-gara cemburu, seorang lelaki warga Indonesia cedera di kepala selepas dipercayai ditetak rakan senegara menggunakan sebilah parang disebuah kuarters pekerja ladang dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman berkata, kejadian itu disedari selepas pengurus ladang dimaklumkan oleh pihak pengurusan sumber manusia pada jam 7 pagi.

“Mangsa berumur 62 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam oleh seorang lelaki iaitu rakan senegaranya,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

“Mangsa telah menerima 30 jahitan di bahagian kepala serta mengalami keretakan di tempurung kepala namun dia enggan dibedah.

“Bagaimanapun keadaan mangsa dilaporkan semakin stabil dan baik,” jelasnya lanjut.Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati empat lelaki warganegara Indonesia dipercayai telah melarikan diri selepas dipercayai terbabit dalam jenayah tersebut.

Katanya, motif utama kejadian itu berlaku dipercayai kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan bekas isteri salah seorang suspek terbabit.

Roslan menambah, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Dalat sedang giat mengesan mereka yang terlibat dalam kes tersebut.

Beliau juga meminta seorang saksi kes dikenali sebagai Manai Rahim, 38, untuk tampil ke balai polis IPD Julau untuk membantu siasatan kes.Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news