Putrajaya pertimbang campurtangan saman Petronas pada Sarawak 0 5556

Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk campur tangan dalam saman Petronas terhadap Kerajaan Sarawak berhubung keputusan kerajaan negeri untuk mengambil alih hak petroleum di negeri ini melalui Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Pejabat Ketua Menteri Sarawak, dalam satu kenyataan, berkata ia dimaklumkan tentang penangguhan saman tersebut sementara menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara mengenai keperluan kerajaan persekutuan harus campur tangan.

“Mahkamah Persekutuan telah menyetujui permintaan oleh peguam persekutuan untuk menangguhkan pendengaran bagi membolehkan beliau mempertimbangkan sama ada kerajaan persekutuan perlu campur tangan dalam kes ini atau tidak.

“Agak menghairankan Petronas yang membuat permohonan itu dan meminta pendengaran segera, tidak pula membuat bantahan terhadap penangguhan pendengaran kes itu,” katanya.

Petronas memohon Mahkamah Persekutuan membenarkan untuk memulakan prosiding terhadap kerajaan Sarawak, yang mana pendengaran itu sepatutnya berlangsung esok, sebelum dilanjutkan pada 21 Jun ini.

Petronas mahukan perisytiharan daripada Mahkamah Persekutuan syarikat petroleum negara itu merupakan pemilik eksklusif sumber petroleum dan pengatur industrinya di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak.

Syarikat petroleum negara itu juga memohon pengisytiharan Akta Pembangunan Petroleum 1974 adalah undang-undang utama yang mengawal industri berkenaan.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak berkata ia kecewa dengan penangguhan kes itu.

“Kerajaan negeri tidak akan membenarkan Petronas untuk tidak menghormati dan mengabaikan hak kami untuk mengawal selia aktiviti huluan di bawah undang-undang kita seperti Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak dan Kanun Tanah,” katanya – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14925

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8361

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news