Putrajaya peruntuk RM40 juta untuk RTM siar Piala Dunia 0 5560

RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lain disiar melalui siaran tertangguh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran berkenaan.

Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta.

“Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan pertemuan dengan pegawai kementeriannya petang ini.

Bagaimanapun, Gobind menjangkakan kosnya kurang daripada RM40 juta.

Beliau berkata cadangan untuk menyiarkan perlawanan secara langsung pertama kali dibangkitkan oleh beberapa anggota parlimen termasuk Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Ini adalah perkara penting kerana Piala Dunia 2018 adalah acara antarabangsa dan ia bagus untuk RTM menyiarkannya secara langsung.

“Saya perlu membincangkannya dengan kabinet terlebih dahulu dan Kementerian Kewangan akan mengumumkan butiran mengenai kos,” katanya. – Sukan Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news