Rabies: 12 meninggal dunia di Sarawak setakat ini 0 5940

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan 13 kes jangkitan rabies telah disahkan di Sarawak, yang mana 12 daripada mangsa telah meninggal dunia akibat wabak itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, usaha memerangi wabak rabies melibatkan kerjasama pelbagai agensi yang diketuai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, tugas utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran, mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai rabies dan mengawal populasi anjing yang dibela melalui pelesenan.

“Hingga akhir Oktober tahun ini semua bahagian di Sarawak kecuali Limbang telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” kata Dr Sim dalam ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini pada Isnin.

Sim berkata, sejumlah 20,127 kes gigitan haiwan dari kawasan wabak telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sejak 1 April 2017 dan dari jumlah ini 5,557 kes gigitan berisiko tinggi terhadap manusia telah menerima suntikan anti rabies.
“Sarawak hanya boleh diisytiharkan bebas daripada wabak rabies ini jika tiada laporan baru kes jangkitan rabies haiwan dan manusia untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mensasarkan rabies akan dapat dihapuskan di seluruh dunia menjelang tahun 2030,” kata Sim.

Sim berkata, beliau bersetuju dengan ADUN Bukit Assek bahawa menghapuskan anjing-anjing liar dari jalan adalah penting namun keperluan membasmi rabies itu memerlukan pelbagai strategi.

Beliau berkata sejak wabak itu berlaku kira-kira 11,000 anjing liar telah dihapuskan oleh 26 pihak berkuasa tempatan di Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Sim berkata kerajaan Sarawak sangat menyokong inisiatif untuk mengharamkan merokok di tempat awam, sambil menambah bahawa kini terdapat 23 tempat awam yang telah diwartakan sebagai zon bebas rokok di bawah peraturan ini.

Sim berkata dari Januari hingga September tahun ini sejumlah 2,636 premis telah diperiksa bagi pematuhan peraturan dan setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM437,052 tahun ini. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news