Cinta Kedua Lebih Bagus Berbanding Cinta Pertama 0 7654

Ada segelintir dari cinta pertama akan berakhir di jinjang pelamin dan akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi selalunya kebanyakkan cinta pertama ini tidak akan kekal lama.

Selepas saja kecundang dengan cinta pertama, pasti akan wujud lagi cinta yang kedua, dan seterusnya.

Adakah anda tahu kehadiran cinta kedua adalah lebih baik berbanding dari cinta yang pertama? Ini kerana selepas berakhirnya cinta pertama, kita akan menjadi lebih tahu banyak perkara dari cinta pertama yang menyakitkan.

Disini kami senaraikan 4 sebab, lenapa cinta kedua lebih bagus dari cinta pertama.

Belajar dari kesilapan lalu
Akibat dari putus cinta pertama. kita akan dapat belajar banyak benda. Kita lebih berhati-hati dalam menentukan sesuatu perkara, dan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu perkara. Mungkin kehadiran cinta kedua akan boleh mematangkan anda dan berjalan dengan baik.

Kegagalan dari cinta pertama memang menyakitkan apatahlagi kecewa. Tetapi kita masih boleh meneruskan kehidupan bila bertemu dengan cinta kedua dan boleh membuat hati perasaan lebih kuat.

Kegagalan dari cinta pertama,tidak bermakna anda gagal untuk cinta yang seterusnya. Malah kita masih ada kesempatan untuk memperbetulkan apa yang pernah kita lakukan sebelumnya.

Saling mempercayai antara satu sama yang lain Dalam perhubungan, kita seharusnya buang jauh-jauh sikap prasangka buruh terhadap pasangan. Sikap lebih mempercayai itu adalah amat penting untuk mengekalkan hubungan pergi lebih jauh lagi. Jika gagal pada cinta pertama, jangan kita ulangi pada cinta yang kedua. Adalah lebih berhati-hati jangan sampai boleh merosakkan hubungan anda dengan pasangan anda yang sekarang.

Kunci utama dalam setiap perhubungan adalah, saling mempercayai, berterus terang, jangan pernah merahsiakan sesuatu perkara, dan yang paling penting jujur dan setia. Itulah pengerat dalam perhubungan yang harmoni.

Sumber: Hanasuva.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8130

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news