Rakyat kecewa harga barangan tidak turun 0 3068

DATUK Seri Najib Razak ketika Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. – Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat kecewa apabila harga barangan masih tidak turun meskipun kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disifarkan.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau menerima reaksi daripada orang ramai yang berpendapat harga barangan sebenarnya tidak turun selepas kadar sifar itu dilaksanakan.

“Saya dapat lihat orang ramai kecewa, ada juga yang turun macam harga kereta, tetapi umumnya harga barangan keperluan biasa rakyat tidak turun, malah ada yang naik.

“Jadi impak yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan bahawa mereka akan mengurangkan kos sara hidup tidak tercapai.

“Selain itu, rakyat juga bimbang dengan langkah memperkenalkan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST ) kerana dijangka bahawa harga akan naik,” katanya ketika ditemui media selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke -14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Parlimen, hari ini.

Najib berkata, beliau akan membawa perkara itu ke sidang Dewan Rakyat dan akan memberi fakta yang diperlukan.

“Pelaksanaan SST akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

“Kadar sifat GST sebelum ini tidak memberi kesan kepada rakyat, ditambah lagi dengan SST beban rakyat akan bertambah.

“Jadi, tidak kesampaian apa yang dinyatakan mereka (kerajaan) bahawa harga akan turun,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SSTyang akan diperkenalkan semula pada 1 September depan.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen pada Ogos ini bagi menggantikan cukai GST, yang mana pengenalan semula SST dijangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news