Rakyat Sarawak dipelawa tandatangan online sokong Kerajaan Sarawak dalam isu Petronas 0 5580

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini dalam proses mengumpul tandatangan warga Sarawak bagi menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Sarawak susulan tindakan Petronas memfailkan permohonan mahkamah mengenai Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Sokongan itu dinyatakan dengan menandatangani ruangan menerusi www.change.org/p/protect-sarawak-oil-gas-rights mulai semalam dengan pelancaran oleh Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting di Ibu Pejabat SUPP.

Setakat berita ini ditulis, ia ditandatangani lebih 600 individu dalam masa yang singkat.

Sebastian berkata syarikat minyak nasional itu telah mengaut sumber Sarawak tanpa memberi banyak manfaat kepada negeri ini.

“Saya percaya tindakan Petronas agar mahkamah mengisytiharkan hak eksklusif terhadap minyak dan gas di Sarawak adalah untuk mengetepikan usaha Sarawak dalam mengawal sumber itu bermula 1 Julai,” katanya.

Beliau dalam nada kesal menambah, Sarawak merupakan negeri kaya dengan sumber semula jadi tetapi miskin disebabkan tidak menerima agihan hasilnya dalam jumlah berpatutan sejak sekian lama.

Sudah tiba masanya warga Sarawak menghentikan Petronas daripada terus menerus mengambil minyak dan gas selepas 44 tahun berbuat demikian.

“SUPP berjanji akan berjuang menuntut semula hak dan pemilikan minyak dan gas.

“Kami menyeru semua warga Sarawak agar menyertai perjuangan mempertahankan pemilikan minyak dan gas,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15415

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news