Kabinet baru Malaysia diisi 28 menteri, kata sumber 0 5680

Kabinet Malaysia di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyaksikan seramai 28 orang menteri dilantik berbanding 35 semasa era Datuk Seri Najib Razak.

Menurut sumber, perdana menteri akan mengumumkan baki 15 lagi menteri baru dalam tempoh terdekat.

Buat masa ini kabinet Malaysia mempunyai 13 orang menteri, tidak termasuk Dr Mahathir dan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain Dr Mahathir 13 menteri lain mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei lalu.

Sumber Pakatan Harapan memberitahu Malaysiakini perbincangan masih berlangsung di antara parti dalam HARAPAN.

“Kami belum membuat keputusan muktamad tetapi ia akan diumumkan dalam minggu ini,” katanya.

Sumber itu menambah, menteri baru yang akan diumumkan nanti turut menyaksikan empat wakil dengan masing-masing dua untuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, HARAPAN berusaha membina pasukan kabinet yang kukuh.

“Ia sukar tetapi saya yakin kami mampu memberikan perkhidmatan yang sepatutnya kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi HARAPAN Sarawak Chong Chieng Jen dijangka akan dilantik menjadi menteri.

HARAPAN dianggotai empat parti utama iaitu PKR, BERSATU, AMANAH dan DAP selain mempunyai kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Pemilihan jawatan menteri kabinet biasanya dibuat berdasarkan peruntukan kepada parti-parti yang bersama HARAPAN.

Setakat ini menteri yang sudah dilantik ialah:

Muhyiddin Yassin (BERSATU) – Menteri Dalam Negeri

Lim Guan Eng (DAP) – Menteri Kewangan

Mohamad Sabu (AMANAH) – Menteri Pertahanan

Anthony Loke (DAP) – Menteri Pengangkutan

M Kulasegaran (DAP) – Menteri Sumber Manusia

Mazlee Malik (Bersatu) – Menteri Pendidikan

Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Azmin Ali (PKR) – Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Zuraida Kamaruddin (PKR) – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Salahuddin Ayub (AMANAH) – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Rina Harun (BERSATU) – Menteri Pembangunan Luar Bandar

Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH) – Menteri Kesihatan

Gobind Singh (DAP) – Menteri Komunikasi dan Multimedia

Sesuai dengan kedudukan ekonomi semasa kerajaan memang bercadang mahu mengecilkan saiz anggota kabinet.

Dr Mahathir berkata jika boleh Putrajaya hanya mahu melantik 25 orang menteri dan dalam keadaan tertentu ia boleh ditambah namun tidak melebihi 30 orang. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15077

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8374

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news