Rakyat semakin marah kepada kerajaan – Najib 0 5720

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM: Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pagi tadi, menjadi bukti kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang mula mengancam kesucian Islam dan hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata himpunan itu juga menjadi petanda sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin merosot.

“Umat Islam dan orang Melayu terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita, terutama selepas 9 Mei lalu, yang mana mengancam kedudukan dan masa depan agama Islam serta kedudukan orang Melayu.

“Rakyat dengan sendirinya bangkit dan menunjukkan kemarahan bahawa perkara ini amat tidak disenangi oleh mereka. Ini juga menjadi petanda sokongan kepada PH semakin menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di Kampung Jalan Kebun di sini, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

NAJIB ditemani Rosmah (kiri) beramah mesra dengan seorang penduduk kampung Muhammad Ahsan Helmi, 34, ketika mengadakan tinjauan mesra di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sempena PRK DUN Sungai Kandis. Turut kelihatan, calon BN, Datuk Lokman Noor Adam (kanan). – Foto Osman Adnan

NAJIB dan Rosmah menikmati minum petang di Kedai Yazid Jalan Kebun, Shah Alam ketika mengadakan tinjauan mesra di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sempena PRK DUN Sungai Kandis. – Foto Osman Adnan

Mengulas mengenai kehadiran bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim pada perhimpunan itu, Najib berkata, Rais sebagai pejuang bahasa, sememangnya perlu menunjukkan bantahan secara terbuka.

“Sebagai pejuang bahasa dan berdasarkan pada Perlembagaan negara, kredibiliti beliau akan dipersoalkan jika tidak hadir dan menyuarakan bantahan secara terbuka,” katanya.

Sementara itu, Lokman mempertikaikan langkah kerajaan yang hanya memfokuskan bantuan kepada satu kaum.

“Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat pusingan U dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah persendirian Cina akan mendapat peruntukan daripada kerajaan.

“Kalau sekolah persendirian Cina boleh dapat bantuan, bagaimana dengan sekolah persendirian Tamil, sekolah agama dan lain-lain?” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news