DAP sedia khidmat guaman percuma, ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri 0 5820

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak sedia menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada ketua masyarakat yang sanggup mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen (gambar) berkata ia susulan notis dikeluarkan kerajaan negeri yang tidak membenarkan ketua masyarakat dan ketua kaum menyertai atau menghadiri majlis serta program yang bukan dianjurkan oleh kerajaan negeri atau badan diluluskan.

Beliau turut mengatakan arahan kerajaan negeri itu bersifat kebudak-budakan dan satu penghinaan kepada ketua masyarakat serta ketua kaum.

“Mereka tidak boleh berbuat demikian walaupun elaun mereka dibayar oleh kerajaan negeri. Malah tindakan ini melanggar perlembagaan, melanggar kebebasan berpersatuan.

“Oleh itu, DAP (Sarawak) sedia memberi khidmat guaman secara percuma jika ada ketua masyarakat atau ketua kaum sanggup mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata kerajaan negeri perlu menghormati hak ketua masyarakat dan ketua kaum kerana mereka dilantik oleh rakyat akar umbi.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri di bawah GPS mengambil tindakan ini kerana berasa terancam dan bakal hilang kuasa pada pilihan negeri akan datang.

“Apa pun alasannya, ketua masyarakat dan ketua kaum tidak boleh dilayan sedemikian kerana meraka bukannya kakitangan kerajaan atau budak sekolah,” ujarnya.

Menurut Chong adalah menjadi hak keistimewaan penganjur untuk menjemput atau tidak wakil kerajaan negeri atau mana-mana pihak pada majlis yang dianjurkan.

“Alasan SUPP, tiada wakil kerajaan negeri dijemput hadir atau dijemput memberi ucapan pada majlis bukan anjuran kerajan negeri adalah tidak masuk akal.

“Perkara seperti ini biasa berlaku kepada kami (wakil rakyat pembangkang di Sarawak), misalnya majlis sambutan ulang tahun 150 DUN Sarawak yang lalu kami hadir walaupun tidak disuruh berucap,” jelasnya.

Satu memorandum rasmi bertarikh 11 Oktober 2018, ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani diedarkan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum di seluruh Sarawak.

Memorandum itu berbunyi, ‘ Kerajaan Negeri telah memutuskan ketua masyarakat dan ketua kaum adalah tidak dibenarkan untuk menyertai atau menghadiri majlis dan program yang bukan dianjurkan oleh Kerejaan Negeri atau badan yang diluluskan dan sebarang keraguan hendaklah dirujuk kepada Residen dan pejabat ini. Arahan itu berkuatkuasa serta merta. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13014

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12486

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news