Remaja 13 tahun maut kemalangan motosikal di Bau 0 6218

KUCHING: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikalnya bertembung sebuah kenderaan Hilux di Kilometer 24 Jalan Bau, petang semalam.

Jerryco Dinno So-uh, 13, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bau, Dsp Poge Nyaon berkata, kemalangan berlaku sekitar 4.30 petang itu berpunca daripada motosikal yang dipandu mangsa memasuki lorong jalan bertentangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu sedang menuju ke Kampung Stass ke Kampung Bogag manakala motorsikal menuju ke Kampung Skibang ke Kampung Stass.-SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12895

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12189

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news