Remaja 15 tahun maut motosikal berlanggar dengan Treler di Tatau 0 6220

BINTULU: Seorang remaja lelaki  maut apabila terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tatau / Bintulu sekitar jam 9 malam tadi.

Menurut info awal Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dinaiki mangsa yang datang dari arah Bintulu menuju ke Tatau, telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Lori Treler no. yang datang dari arah Tatau menuju ke Bintulu.

Akibat impak dari kemalangan tersebut menyebabkan penunggang motosikal maut  di tempat kejadian.

Manakala pemandu Lori Treler bersama seorang kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penunggang motosikal yang dikenali sebagai Richard Eli Zi Cheng, 15 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Klinik Kesihatan Tatau dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14364

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8237

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news