Remaja 18 tahun rogol pelajar universiti 21 tahun 0 4905

KOTA SAMARAHAN: Polis semalam menahan seorang remaja berusia 18 tahun kerana dipercayai merogol seorang pelajar universiti di sini.

Pelajar berusia 21 tahun itu dilaporkan dirogol remaja berkenaan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern dipetik berkata suspek berasal dari Kampung Lintang Baru Jalan Kuching-Serian.

“Suspek berjaya ditangkap dan diperintah tahanan reman mulai 12 hingga 19 Disember untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, turut dirampas ialah sebuah kereta dan pakaian milik suspek bagi siasatan lanjut.

Lee enggan mengulas lanjut kes berkenaan bagi melindungi maruah mangsa. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 3864

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 3681

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link