Perkhidmatan motosikal ‘First Responder’ Jabatan Kesihatan Negeri mula operasi tahun depan 0 8030

KUCHING:Perkhidmatan motosikal ‘First Responder’ , Jabatan Kesihatan Negeri akan mulai beroperasi di tiga buah hospital utama mulai Januari tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Jamilah Hashim berkata pihaknya telah menetapkan sebuah motosikal yang akan ditempatkan masing-masing di Hospital Umum Sarawak (HUS), Hospital Sibu dan Hospital Miri.

“Fungsi utamanya adalah untuk membolehkan anggota kesihatan sampai ke tempat berlakunya kecemasan yang dimaklumkan oleh orang awam menerusi ‘Medical Emergency Coordinating Centre’ (MECC) atau 999, bagi pengurusan bantuan pertolongan cemas yang asas.

“Projek rintis di Sarawak ini dalam fasa pertama dan merupakan inisitif yang dijalankan dalam usaha untuk mengurangkan tempoh masa respons ambulans bagi kes-kes kecemasan di Sarawak.

“Ia akan disusuli dengan bantuan ambulans, sekiranya terdapat keperluan untuk membawa pesakit ke hospital,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Tambah beliau, setiap motosikal dilengkapi dengan keperluan asas pertolongan cemas yang mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.

Justeru itu, beliau berharap menerusi inisiatif itu, kualiti perkhidmatan rawatan pra hospital yang disampaikan kepada orang awam di negeri ini akan dapat dipertingkatkan.

Jelasnya jika projek berkenaan menunjukkan kejayaan maka pihaknya bercadang untuk menambah lagi bilangan motosikal bagi hospital yang terlibat.

Selain turut diperluaskannya ke bahagian-bahagian lain di seluruh Sarawak untuk meningkatkan pelaksanaan penyampaian perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia secara keseluruhannya, ujarnya lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news