SIBU: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah pikap dari belakang di Jalan Wong King Huo pada jam 11.40 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa maut dikenali Albert Ngu Bing Hoe, 19, yang tinggal di Jalan Belatok Utara.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah pikap yang bergerak dari arah yang sama melanggar bahagian belakang motosikal mangsa yang bergerak dilorong kanan.
Difahamkan mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Jalan Wong King Huo menuju ke Salim.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak Hospital Sibu.
Pemandu pikap, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat.
Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pergangkutan Jalan 1987. – Utusan Borneo Online