Ringgit teruskan aliran meningkat 😊 0 5866

Ringgit teruskan aliran meningkat

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan mata wang negara maju itu merosot dalam dagangan lewat pada Isnin selain pedagang menilai pelan rangsangan COVID-19.

Rundingan rangsangan fiskal terus memacu hala tuju dolar AS, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1415/1465 semasa ditutup pada Isnin.

Hong Leong Bank Bhd, dalam nota berkata melihat ke hadapan, ia menjadi neutral ke atas ringgit berbanding dolar AS minggu ini, dijangka diniagakan pada sekitar 4.15 dalam julat yang luas antara 4.13 hingga 4.17, berdasarkan mata wang AS itu yang tertakluk kepada turun naik menjelang pilihan raya AS yang akan berlangsung kurang daripada tiga minggu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata ringgit terus mengambil petunjuk daripada prestasi yuan China.

“Dengan pelabur turut menilai data China baru-baru ini, yang bercampur-campur, ia dapat menjadikan keadaan kurang sukar untuk aliran masuk pasaran tempatan, terutamanya apabila kita hampir menghadapi risiko pilihan raya presiden AS.

“Dengan harga minyak jelas berada pada keluk COVID-19, ringgit mungkin perlu berhati-hati,” katanya.

Ekonomi kedua terbesar dunia dan rakan dagang utama Malaysia itu menyaksikan pertumbuhan ekonominya sebanyak 4.9 peratus pada suku ketiga tahun ini, lebih cepat daripada 3.2 peratus dicatatkan pada suku kedua.

Bagaimanapun, ekonomi China berkembang kurang daripada jangkaan sebanyak 5.2 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali euro.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0497/0536 daripada 3.0517/0556 pada Isnin dan naik berbanding pound kepada 5.3592/3674 daripada 5.3819/3900.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.9223/9274 daripada 3.9308/9367, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.8732/8807 daripada 4.8679/8755.

-BERNAMA dari Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news