RM2.6b: Najib kata tak bohong, nafi dirinya pencuri, penyanyak 0 6404

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau “tidak berbohong” dan menafikan dirinya “seorang pencuri, perompak mahu pun penyangak” dalam isu dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya itu.

Najib mengulang kenyataannya sebelum ini dana itu berpunca daripada almarhum raja Arab Saudi, Raja Abdullah.

“Ingin saya tegaskan di sini saya tidak pernah berbohong dengan isu sumbangan dana RM2.6 bilion tersebut.

“Pada peringkat pertama dana daripada Raja Abdullah itu datang daripada kementerian kewangan Arab Saudi dan juga daripada putera-puteranya.

“Begitu juga dengan sumbangan dana RM2.6 bilion, dana tersebut telah dihantar kepada saya beserta dengan surat-surat yang ditandatangani putera-putera yang sama untuk menjelaskan sumbernya,” kata Najib dalam suatu hantaran video di Facebook.

Menurut Najib hasil hubungan akrabnya dengan Raja Abdullah, maka baginda telah bersetuju untuk memberi sumbangan dana supaya BN kekal memerintah

“Saya mula kenal dengan almarhum King Abdullah sekitar tahun 2009. Perhubungan kami semakin akrab semakin mesra.

“Almarhum telah menganugerahkan kepada saya anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu King Abdul Aziz Order of Merit yang diberikan kepada presiden (AS) Barrack Obama dan presiden (Rusia) Vadimir Putin dan sebelum itu tidak pernah dianugerah kepada mana-mana perdana menteri Malaysia.

“Pada masa itu almarhum bersetuju membantu saya di mana baginda bersetuju memberi sumbangan dalam bentuk dana supaya kerajaan BN kekal memerintah,” katanya.

Kenapa Najib pulang wang yang masuk ke akaunnya?

Najib juga menjelaskan mengapa selepas PRU13, beliau telah memulangkan kembali wang yang masuk ke akaunnya kepada pihak yang menghantar.

Katanya, ini bagi mengelakkan kemungkinan “peristiwa 16 September berulang kembali.”

“Sejurus selepas PRU13, hampir seluruh dana itu telah saya hantar balik kepada pihak yang telah menghantar dan kepada saya (return to sender).

“Mengapa saya membuat keputusan tersebut? Ini kerana untuk mengelak kemungkinan peristiwa 916 (16 September) berulang kembali.

“Dengan adanya dana tersebut maka kita telah mengelak daripada peristiwa 916 berulang dan suasana politik yang stabil di dalam negara kita ini,” dakwanya.

Walau bagaimanapun Najib tidak memperincikan kaitan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa di Dewan Rakyat dengan cuba mendapat sokongan MP BN selepas pilihan raya 2008.

Dalam hantaran videonya itu juga, anggota parlimen Pekan berharap kebenaran akan muncul akhirnya bagi membersihkan tuduhan dan dakwaan yang dihadapinya mengenai dana RM2.6 bilion itu. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news