Sarapan percuma dah dibuat sejak 1979 lagi – Najib 0 6276

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir Maszlee Malik yang mahu mengkaji skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Kata Najib, Malaysia sudah lama mempunyai skim serupa.

“Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan. Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini.

“Tapi sebab terlalu hebat mengkaji, beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini sejak tahun 1979 lagi dah Kementerian Pendidikan sediakan.

“Kita beri RM2.50 seorang sehari untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 seorang sehari untuk pelajar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Maszlee kini berada di Jepun bagi mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Negara Matahari Terbit.

Maszlee berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School di Tokyo.

Mengulas lanjut, Najib yang juga anggota parlimen Pekan juga berkata kerajaan HARAPAN sendiri sudah potong peruntukan untuk RMT dalam Belanjawan 2019.

Najib justeru menyindir Maszlee mungkin terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar hingga tidak sedar apa yang dilakukan kerajaan.

“Tak payah ke Jepun nak tahu atau belajar perkara macam ini.

“Tidak perlu ‘pandang ke Timur’. Lebihkan masa memahami operasi kementerian.

“Agak-agak beliau nak kaji apa lagi lepas ini?” soalnya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news