RM5 juta untuk bantu usahawan belia Sarawak 0 6368

KUCHING: Kerajaan negeri hari ini meluluskan RM5 juta bagi membantu golongan usahawan belia sebagai dana teroka yang bermula pada tahun 2019.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai bantuan kepada usahawan belia yang baharu berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Katanya, beliau juga telah berbincang dengan Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah untuk melatih usahawan belia yang baharu.

“Hari ini saya meluluskan RM5 juta kepada Kementerian bagi usahawan beliakita sebagai modal teroka kepada mereka,” katanya berucap merasmikan Program ‘Outreach The World’ TEDxKenyalang 2018 yang turut dihadiri Abdul Karim di Bangunan DUN lama di sini.

Tambah Abang Johari, dana teroka itu mungkin bergantung kepada cadangan permohonan daripada usahawan belia yang terlibat.

“Ia mungkin RM20,000, RM50,000 atau RM100,000 dan bergantung kepada cadangan anda.

“Ia kemudian akan dinilai oleh TEDxKenyalang, yang mana akan melatih usahawan belia,” katanya sambil memberitahu dana berkenaan akan dilaksanakan mulai Januari tahun hadapan.

Menurut Abang Johari, beliau ingin berkongsi hasil sumber minyak dan gasnya kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan belia.

“Ia susulan saya mengumumkan pelaksanaan cukai jualan bagi produk petroleum sebanyak lima peratus berkuatkuasa pada 1 Januari 2019,” tegasnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news