Rogol kenalan wechat, remaja diberkas di Padawan 0 6487

KUCHING: Seorang remaja ditangkap apabila disyaki merogol gadis berusia 15 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat di Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo di Padawan, pada Rabu.

Difahamkan, suspek berusia 17 tahun ditangkap sekitar pukul 2.45 petang di rumah keluarganya susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa pada 8 Julai.

Sumber memberitahu, suspek yang baharu berkenalan dengan mangsa kira-kira tiga hari telah menjemput mangsa pada 24 Jun lalu dari rumah keluarganya di kawasan Padawan sekitar pukul 3 pagi.

“Sejak itu, mangsa tidak dihantar pulang dan dikatakan telah dibawa suspek bersembunyi di rumah saudaranya di Batu 12 serta rumah keluarganya selama beberapa hari.

“Suspek sebelum menghantar mangsa pulang juga dikatakan menghubungi ibu mangsa dan berpura-pura bertanyakan mangsa namun helahnya terbongkar dan ibu mangsa terus meminta bantuan polis untuk menghubungi suspek semula.

“Laporan polis telah dibuat ibu mangsa sebaik sahaja mangsa dihantar pulang (8 Julai),” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

“Maklumat yang diperolehi membawa kepada penangkapan suspek (semalam) dan suspek selain itu turut mengaku ada beberapa kali melakukan hubungan seks dengan mangsa,” katanya.

Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol gadis bawah umur.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara mandatori dan sebatan,” jelas Aidil. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news